Yayasan Ayanhanda SeMalaysia (YAS) hari ini tampil menuntut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan nama 'tokoh besar Umno' yang didakwa mahu menggulingkan kerajaan kepada umum.
Pada sidang media di ibu negara hari ini, pengerusi YAS, Syed Husain Al Shahab berkata, nama itu perlu didedahkan supaya rakyat tidak tertanya-tanya.