Walaupun sudah melepasi nilai RM4 berbanding sedolar Amerika Syarikat, Bank Negara masih tidak melihat keperluan untuk menambat matawang negara dengan sebarang matawang asing.
Gabenornya Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata pihaknya masih tiada hasrat untuk beralih kepada sistem yang kurang fleksibel dengan menambat ringgit.