Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yakin rakyat akan bersama kerajaan dalam isu kawalan terhadap internet bagi membendung antaranya, penyebaran maklumat yang salah, usaha melaga-lagakan kaum dan penyebaran semangat kenegerian yang melampau.
Katanya, semua itu adalah ancaman kepada perpaduan negara dan kerajaan terpaksa mengambil tindakan bagi mengawal-selia internet.