Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima bantahan PAS Shah Alam dan bersetuju untuk menggugurkan 52 nama yang disyaki warga asing daripada daftar pemilih di kawasan berkenaan.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad berkata, ia adalah daripada sejumlah 58 nama yang disenaraikan dalam bantahan PAS Shah Alam kepada SPR.
Keputusan itu dibuat selepas SPR mengadakan pendengaran terhadap bantahan tersebut Isnin lalu.
Manakala enam nama lagi dikekalkan dalam daftar pemilih selepas SPR berpuashati dengan penjelasan mereka.
Berita Sepenuhnya: http://www.malaysiakini.com/news/176573
Jurukamera/Penyunting: Tan Jiun Wuu