Luahan hati penduduk Kampung Baru

KiniTV 2015-08-21

Views 7

Rata-rata penduduk Kampung Baru menyuarakan pandangan mereka mengenai Rang Undang-Undang Perbadanan Kampung Baru 2011 baru dibentangkan di parlimen.

Ikuti luahan hati mereka ketika ditemui wartawan Komunitikini baru-baru ini.
Bekas pesara Baki Hussin, 78, memberitahu tidak adil sekiranya pembinaan dilaksanakan selepas itu penduduk terpaksa bayar dan akhirnya menggadaikan tanah mereka.

"Kalau kena dengan nilai bayaran, saya ambillah, tapi kalau tak kena dengan nilai bayaran janganlah, mereka kata 100 peratus setuju pembangunan dilaksanakan di Kampung Baru, tetapi saya rasa tak ramai yang setuju," katanya.

Malah, beliau menentang sekiranya Kampung Baru dibangunkan, 30 atau 20 peratus hak milik diberi kepada warga asing.

"Saya bukannya membantah pembangunan Kampung Baru dilaksana cuma mahu hak melayu dijaga.

"Kalau (bangsa) Cina ada Little China, India ada Little India, mengapa tiada Little Melayu, mana yang kita panggil tanah melayu, kita berkawan dengan semua kaum," ujarnya.

Berita Sepenuhnya: http://www.komunitikini.com/kl-selangor/kuala-lumpur/luahan-hati-penduduk-kampung-baru

Jurukamera/Penyunting: Tan Jiun Wuu

Share This Video


Download

  
Report form