Keadaan tenang di sekitar Dataran Merdeka tiba-tiba bertukar kecoh apabila orang ramai mula menyedari kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Ali.
Orang ramai yang berkumpul mula berebut-rebut mahu bersalaman dengan beliau dan kedengan bekas perdana menteri menyeru mereka meneruskan perhimpunan itu.
Bagaimanapun, keadaan menjadi sangat tidak terkawal apabila petugas media dan orang ramai tolak-menolak untuk mengambil gambar dan Dr Mahathir kemudian berpatah balik dan menuju ke keretanya.