Walaupun kerajaan mengisytiharkan perhimpunan BERSIH 4 sebagai haram, namun ini tidak menghalang ribuan rakyat untuk berkumpul bagi mengadakan bantahan.
Sejak pagi tadi, mereka mula masuk ke ibu negara. Ramai juga kelihatan tidak mengendahkan pengharaman pemakaian baju BERSIH 4.