Bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John Malott berkata, masyarakat dunia kini sudahpun melihat wajah sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam tulisan rencana yang disiarkan Malaysiakini, katanya, imej Najib di persada antarabangsa – yang digilap oleh agensi perhubungan awam dengan kos sehingga jutaan ringgit – amat berbeza dengan wajah “korup” perdana menteri itu di ceruk rantau ini.