BERSIH 2.0 tidak akan membayar sebarang tuntutan kos pembersihan berjumlah RM65,000 seperti yang dituntut oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga adalah Pengarah Komunikasi Strategik BN.
Sebaliknya, kata pengerusinya, Maria Chin Abdullah, selepas memberikan keterangan kepada polis di Bukit Aman, BERSIH akan menunggu perkara berkenaan dibawa ke mahkamah.