Mengulas tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai perhimpunan BERSIH 4, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz secara sinis berkata tiada perlu bagi polis menyiasat bekas perdana menteri itu.
Katanya, orang tua seperti Mahathir yang begitu bertenaga menyertai demonstrasi akan menjadi satu pengiklanan yang baik buat negara kerana ini menunjukkan Malaysia menjaga warga tuanya dengan baik.