Anina Saaduddin, yang dipecat daripada Umno kerana menyaman presiden parti Datuk Seri Najib Razak berhubung derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya, menegaskan kesetiaan kepada parti Melayu itu dan tidak akan menyertai pembangkang.
Anina pada sidang medianya hari ini, berkata, tindakan yang dilakukan semata-mata kerana kasih dan sayang kepada Umno.