Presiden Gabungan NGO-NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos selepas mempelawa kaum Cina dan India menyertai himpunan ‘baju merah’ pada 16 September ini mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersama jika beliau cukup "Melayu".
Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu berkata demikian ketika mengulas sama ada undangan telah dihantar kepada bekas perdana menteri yang hadir pada himpunan BERSIH 4 hujung bulan lalu.