Sidang dewan rakyat tegang seketika apabila usul menggantung keahlian ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang yang difailkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dibetangkan diparlimen.
Ahli - ahli parlimen pembangkang khususnya daripada DAP menolak usul berkenaan yang menurut mereka tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. Lim semalam didakwa oleh speaker Pandikar Amin Mulia kerana menghinanya dengan kenyataan speaker menyalahgunakan kuasanya dengan membekukan siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) selama tiga bulan dalam usaha untuk mensabotaj siasatan kes 1MDB.