Jumlah kematian gempa bumi 7.5 magnitud di Afghanistan dan Pakistan terus meningkat kepada sekurang-kurangnya 350 orang, dengan pasukan penyelamat kini sudah mula memasuki kawasan pedalaman.
Pihak berkuasa pengurusan bencana Pakistan melaporkan 241 orang terbunuh dan lebih 1,600 yang lain cedera. Sementara itu, pegawai Afghanistan mengesahkan sekurang-kurangnya 115 orang mati dan beratus-ratus lagi cedera.