Tentera Israel terus bersikap biadap apabila mengganggu acara pengebumian lima remaja Palestin yang dibunuh rejim Yahudi itu di Hebron, Tebing Barat semalam, mengakibatkan 12 penduduk Palestin cedera
Sumber perubatan menyatakan, tentera Israel melepaskan tembakan terhadap penduduk Palestin yang hanya bersenjatakan batu ketika acara pengebumian bermula.
Ribuan penduduk mengiringi jenazah mangsa termasuk dua remaja perempuan.