Seorang bekas anggota bomba mendapat peluang kedua untuk meneruskan kehidupan secara normal apabila menjadi manusia pertama menjalani pemindahan muka secara penuh.
Menurut portal Mail Online, Pat Hardison, melecur teruk di muka dan hampir buta selepas memadam kebakaran pada 5 September 2001 dan kecederaan ngeri itu membuatkan anak-anak berasa takut untuk mendekatinya.