Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata mangsa tebusan kumpulan militan Abu Sayyaf, Bernard Then Ted Fen yang dilaporkan dipenggal kepalanya semalam masih belum dapat disahkan secara rasmi oleh pihak kerajaan.
Walau bagaimanapun, beliau yang juga menteri dalam negeri berkata, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk berurusan dengan pihak berkuasa Filipina agar dapat mengetahui nasib mangsa tebusan yang diculik pada 14 Mei lalu.