Kumpulan 81 orang ketua cawangan dari lapan bahagian Umno Johor yang mendesak presiden parti, Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan malam tadi membidas kenyataan daripada Setiusaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang berkata mereka didalangi dan dibiayai pihak tertentu adalah tidak benar.
Menurut jurucakap kumpulan itu, Ketua Umno cawangan Bandar Pulai Jaya 2, Zairuddin Hamid, mereka semua bergerak menggunakan kudrat dan kewangan atas kemampuan sendiri demi bangsa melayu, negara dan agama Islam tercinta