Bekas atase tentera atase tentera Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Muhammad Rizalman Ismail yang mengaku salah di Mahkamah Tinggi di Wellington pagi tadi tidak akan menerima sebarang bantuan daripada negara ini.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata demikian selepas ditanya media berhubung pengakuan salah Rizalman hari ini berhubung serangan seksual terhadap seorang wanita ketika berada di New Zealand.