Saranan Datuk Ahmad Maslan supaya melakukan dua kerja bagi menampung kos sara hidup tinggi mendapat pelbagai reaksi, termasuk orang awam.
Tinjauan Kinitv di sekitar Kuala Lumpur mendapati terdapat warga kota yang bersetuju dengan saranan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.
Namun, kata mereka ianya bergantung kepada kemampuan fizikal serta keperluan ekonomi masing-masing.