Sekurang-kurangnya 14 terbunuh apabila penyerang bunuh diri menyerang rumah pemimpin politik terkenal di Jalalabad, Afghanistan, semalam. Seramai 13 yang lain turut cedera.
Tragedi berlaku ketika upacara 'jirga' diadakan di mana kumpulan pemimpin puak berkumpul mengadakan perbincangan di rumah ahli politik Obaidullah Shenwari.