Bekas perdana menteri itu mengetuai kumpulan lebih 50 orang – termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada PKR – dalam memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri "menerusi kaedah tanpa kekerasan dan dibenarkan secara sah".
Penandatanganan lain termasuk bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik