Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia(ATM) hari ini menjalinkan kerjasama bagi mengawal keselamatan ibu kota Kuala Lumpur.
Bercakap dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kerjasama ini bagi memastikan keselamatan orang awam termasuk pelancong sentiasa terjamin.