Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berpandangan hanya UMNO boleh berdepan dan menyelesaikan isu penolakkan dan salah faham parti bukan Islam dalam BN, yang menolak pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah Pindaan 2015.
Katanya, usul persendirian ini hanya dibawa oleh Ahli Parlimen PAS-Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan bukannya usul rasmi dari PAS.