Susulan Kabinet menolak cadangan Majlis Keselamatan Negara untuk mengeluarkan visa kepada rakyat Timur Tengah yang memasuki Malaysia, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmah Zahid Hamidi berkata, tapisan terhadap warga asing akan dilakukan melalui 'Sistem Saringan Awal Penumpang' (APSS) bagi mengekang kemasukan kumpulan militan.
Tinjauan warga kota berpendapat kerajaan perlu memperketatkan lagi visa kepada warga asing kerana langkah itu dilihat mampu mengekang anasir luar masuk ke Malaysia.