FAM terus menerima asakan berkaitan mutu pasukan kebangsaan dan masalah pengurusannya.
Jika semalam pemiliknya mendakwa mempunyai bukti 30 tahun amalan rasuah melibatkan FAM, JDT pula hari ini menyenaraikan 24 kelemahan Harimau Malaysia dan pentadbir bola negara.
Di Facebook rasminya Johor Southern Tigers, JDT menyenaraikan masalah itu yang digelarkannya sebagai “halaman 3.1.2.1 dan 3.1.2.2” daripada sumber dalaman FAM sendiri.
Sumber itu juga, kata JDT, datang daripada “satu organisasi tertinggi yang masih sayangkan bola sepak Malaysia”.