Isu tweet adios: DAP sifat kenyataan Jeff Ooi tidak wajar

KiniTV 2016-09-26

Views 3

Ketua Whip DAP merangkap Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi terhadap pemergian Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din, tidak mewakili parti itu.

Malah, Anthony berkata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng juga menyifatkan kenyataan Jeff Ooi itu tidak wajar dan tidak sensitif.

Pada 20 September lalu, Jeff Ooi hadir di IPD Timur Laut di Jalan Pattani di George Town untuk disiasat berhubung tweetnya mengenai kematian Datuk Dr Haron Din.

Pada 16 September lalu, Jeff Ooi menulis di Twitter: "Adios. Let there be peace" apabila berita kematian Haron tersebar.

Sejak itu lima laporan polis dibuat ke atas Ooi kerana dia didakwa bersikap "biadab".

Share This Video


Download

  
Report form