Demo boleh jadi produk pelancongan negara

KiniTV 2016-10-18

Views 36.7K

Sesuatu perhimpunan boleh menjadi produk pelancongan negara kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz hari ini.

Menjawab soalan di majlis dihadirinya di George Town, Pulau Pinang Nazri berkata sesuatu perhimpunan sebenarnya boleh menguntungkan Malaysia kerana kerajaan memang menggalakkan kebebasan bersuara dan menyatakan pandangan.

"Orang ramai menganggap Malaysia menentang semua ini (perhimpunan massa) dan apabila mereka berada di (negara) ini, melihat apa yang berlaku, ia membuktikan kerajaan tidak menyekat orang ramai berhimpun," katanya di sidang media sempena Persidangan Pelancongan Dunia.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Nazri yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno sebelum itu ditanya mengenai pandangannya terhadap perhimpunan BERSIH 5 yang dijadual diadakan di Kuala Lumpur pada 19 November ini.

Reaksi Nazri itu mengundang ketawa orang ramai yang menghadiri sidang media berkenaan.

Kata Nazri orang ramai perlu dibenarkan berkumpul selagi ia mematuhi peruntukan Akta Perhimpunan Aman.

Share This Video


Download

  
Report form