Pilihan raya presiden Amerika Syarikat, AS turut menjadi perhatian rakyat Malasysia tetapi mereka tetap memikirkan dasar luar bakal presiden baharu itu akan menjejaskan hubungan Malaysia-AS..
Pemangku Duta AS, Edgard Kagan memberi jaminan walaupun ada kemungkinan adanya perubahan, hubungan kedua-dua negara yang terjalin beberapa tahun, akan kekal.
"Saya penuh keyakinan kepentingan Asia kepada AS yang tidak akan berubah," katanya pada sidang media di ibu negara.