Azan berkumandang ketika sidang dewan parlimen Israel yang dilaungkan oleh seorang ahli parlimen berketurunan Arab sebagai tanda bantahan.
Partal Daily48 melaporkan Ahmed El-Tibi melaungkan azan di dalam parlimen Israel yang dikenali sebagai Knesset kerana membantah satu rang undang-undang yang menghadkan laungan itu dibuat umat Islam di Palestin menunaikan solat.
Menurut Tibi, belliau membantah rang undang-undang Israel yang mahu mengharamkan masjid-masjid di Baitulmaqdis Timur dan Komuniti Arab di Israel daripada menggunakan pembesar suara ketika melaungkan azan.