Sekurang-kurangnya 120 orang terbunuh dan ratusan yang lain cedera apabila sebuah kereta api penumpang tergelincir di utara India semalam, kata polis selepas menyemak semula angka kematian awal seramai 63 orang.
“Angka kematian telah meningkat dan kini lebih 100 orang,” kata Ketua Pengarah Polis Negeri Uttar Pradesh, Daljit Singh Chawdhary.
“Anggota penyelamat masih mencari sekiranya terdapat lebih ramai penumpang terperangkap di dalam gerabak-gerabak kereta api ekspres Patna-Indore,” tambahnya.