Najib kesal usaha bawa pelabur didakwa gadai negara

KiniTV 2016-11-29

Views 1

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kesal dengan tindakan segelintir pihak yang sering kali mencari pelbagai alasan untuk mengecam beliau termasuk usahanya mencari pelaburan asing.

Najib, yang juga presiden Umno, berkata usaha beliau untuk meningkatkan ekonomi negara dengan membawa pelabur asing ke Malaysia turut dikecam dan dilabel sebagai cuba menggadai negara.

"Kalau kita tak bawa masuk pelaburan dia kata kita gagal, tapi kalau kita bawa masuk pelaburan dia kata kita menggadaikan negara. Ini mainan politik.

"Bila masa bawa masuk pelaburan jadi soal kedaulatan? Selama ini tak timbul apa? Apa beza pelaburan dari Jepun, Amerika Syarikat, Eropah dan dari China?” katanya pada program Soal Jawab Khas sempena Perhimpunan Agung Umno 2016.

Share This Video


Download

  
Report form