Dua suspek rompakan ngeri yang mengurung 11 mangsa hingga mengakibatkan enam maut di Pulomas Utara, Pulogadung, Jakarta Timur berjaya ditahan pihak polis Indonesia.
Kompas.com melaporkan menurut jurucakap polis, Argo Yuwono, mereka ditahan di daerah Bekasi, Jawa Barat, dan walaupun beliau hanya menyatakan mereka dikenali sebagai RB dan ES namun media Indonesia melaporkan nama dua lelaki itu ialah Ramlan Butar Butar dan Erwin Situmorang.
Sementara itu, tribunnews.com melaporkan kedua-dua yang ditahan itu cedera akibat terkena tembakan polis ketika bersembunyi di rumah adik Ramlan di Bekasi.
Video: Kompas TV