Bekas penyanyi era 1980-an, Ben Nathan yang popular dengan lagu Stanza Sekeping Hati dan Penantian Satu Ilusi hidup merempat di kaki lima di sekitar ibu negara, sejak lima tahun lalu.
Berdasarkan video yang menjadi tular di laman sosial, keadaan Ben Nathan kelihatan amat jauh berbeza berbanding penampilan ketika bergelar penyanyi terkenal dahulu.
Menurut laporan media tempatan, penyanyi itu mudah kelihatan di Pasar Seni, Brickfields, Masjid Jamek dan Ampang.
Beliau yang pernah mencipta nama di arena hiburan tempatan suatu ketika dahulu dikatakan memeluk Islam dan menggunakan nama Ben Adam.