Tiga anggota polis yang membelasah penduduk etnik Rohingya dijatuhkan tahanan penjara selama dua bulan kerana tiada niat untuk mencederakan penduduk tersebut, menurut sumber pihak keselamatan, Rakhine.
Rakaman menunjukkan seorang polis memukul seorang anak muda di kepala kerana dia berjalan semasa berpuluh-puluh penduduk kampung duduk di atas tanah, tangan di belakang kepala mereka.
Tiga pegawai berpakaian seragam kemudian mula menyerang salah seorang lelaki yang duduk, memukulnya dengan kayu dan menendang berkali-kali di muka.
Seorang aktivis Rohingya berkata, rakaman itu telah disahkan oleh pelarian dari kem Shilkhali.
Menurut laporan CNN, kejadian yang dirakam seorang anggota polis lain dipercayai berlaku di Rakhine, November lepas.