Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi jaminan bahawa kerajaan akan membawa sendiri usul pindaan Akta 355 bagi memperkasakan mahkamah syariah, Isnin ini di Dewan Rakyat.
Tengku Adnan berkata ini kerana usul yang ingin dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sering disalaherti pembangkang dan orang buka Islam yang lain sebagai Rang Undang-Undang Hudud.
Beliau berkata demikian dalam ucapan program di Surau Al-iman di Presint 9, di Putrajaya hari ini.