Seorang pemandu mengantuk menyebabkan bas dua tingkat yang membawa 84 orang penumpang telah melanggar bahagian belakang sebuah trak di lebuh raya Zhejiang di timur China.
Kemalangan tersebut menyebabkan beberapa penumpang cedera dan salah seorang mangsa yang cedera meninggal dunia di hospital.
Rakaman cctv menunjukkan bahawa pemandu tersebut menutup matanya kira-kira selama 20 saat sebelum tragedi itu berlaku.