Video AS lancar serangan peluru berpandu ke Syria

KiniTV 2017-04-07

Views 4.7K

Tentera Amerika melancarkan serangan peluru berpandu atas arahan Presiden Donald Trump ke atas pangkalan udara Syria yang dikawal oleh tentera Presiden Bashar al-Assad sebagai tindak balas kepada serangan kimia di kawasan yang dikuasai pemberontak, kata seorang pegawai AS pada hari Khamis.

Berdepan dengan krisis dasar luar terbesar sejak Trump memegang jawatannya pada bulan Januari, serangan tersebut meningkatkan risiko konfrontasi dengan Rusia dan Iran - dua penyokong utama tentera Assad.

Kira-kira 50 peluru berpandu Tomahawk telah dilancarkan dari kapal perang tentera laut AS di Laut Mediterranean, kata pegawai AS yang tidak mahu namanya disiarkan.

Satu sasaran telah dikenal pasti sebagai sebuah pangkalan udara di Homs. Butiran lanjut mengenai sasaran itu dan hasil serangan itu tidak diketahui.

Trump mengarahkan serangan itu dilancarkan sehari selepas dia menuding jari kepada Assad atas serangan kimia minggu ini, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 70 orang, kebanyakannya kanak-kanak, di bandar Khan Sheikhoun. Kerajaan Syria menafikan ia di sebalik serangan itu.

Trump, yang menghadiri sidang kemuncak dengan Presiden China, Xi Jinping di tempat peranginan Florida, berkata sebelum ini pada hari Khamis bahawa "sesuatu patut berlaku" pada Assad ketika Rumah Putih dan Pentagon meneliti pilihan kententeraan.

Share This Video


Download

  
Report form