Pramugari Turki Airlines 'sambut' bayi lahir dalam pesawat

KiniTV 2017-04-12

Views 2

Seorang bayi perempuan dilahirkan dalam pesawat TK538 Turki Airlines yang sedang dalam perjalanan dari Conakry (Guinea) ke Ouagadougou (Burkina Faso) pada Isnin, menurut Turki Airlines dalam satu kenyataan.

Anak kapal membantu Nafi Diaby yang hamil 28 minggu untuk melahirkan bayi perempuannya yang diberi nama Kadiju.

Sejurus pesawat Boeing B737-900 mendarat di Lapangan Terbang Ouagadougou, ibu dan bayi perempuan dihantar ke hospital untuk proses pemantauan.

Menurut pegawai Turki Airlines di Ouagadougou ibu dan bayi berkenaan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Nama anak-anak kapal yang bertugas ketika itu ialah Kapten Irfan Kursun Gecmez, Kapten Melih Atalan, Ketua Pegawai Kewangan pesawat Ayse Evrim Fidan, dan petugas kabin Bouthayna Inanir, Azra Yurt dan Demet Hocaoglu.

Ditubuhkan pada 1933 dengan lima pesawat Star Alliance di bawah Turki Airlines ialah syarikat penerbangan empat bintang dengan keupayaan sebanyak 337 pesawat (penumpang dan kargo) dan terbang ke lebih 298 destinasi seluruh dunia dengan 249 penerbangan antarabangsa serta 49 dalam negeri.

Share This Video


Download

  
Report form