Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dituduh menerima RM9.5 juta daripada akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas lanjut ketika ditemui pemberita di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.
"Saya akan keluarkan kenyataan, tetapi bukan hari ini," katanya.
Shafee, yang dilantik oleh kerajaan untuk mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dua tahun lalu, bagaimanapun akan membuat kenyataan media nanti.
Malaysiakini tidak dapat untuk mengesahkan kesahihan laporan Sarawak Report itu.
Najib, sebelum ini berulang-kali menafikan beliau menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.