Sebuah kedai emas di dalam pasar raya di Tampoi, Johor Bahru dirompak empat lelaki bersenjata api sekitar jam 8 malam, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek terdiri daripada empat lelaki bersenjatakan sepucuk pistol dan tukul besi.
Sementara itu, seorang pengawal keselamatan cedera terkena tembakan di peha, kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah(HSA).
Siasatan mengikut seksyen 3 Akta Senjata api (penalti Lebih Berat) dan samun berkawan menggunakan senjata api.
Nilai kerugian beluam diketahui dan kini polis menjalankan siasatan dan Op Tutup Op kesan dijalankan diseluruh negeri untuk mengesan suspek.