Bekas pemain Johor Darul Ta'zim(JDT), Nazrin Nawi melakukan satu jaringan sensasi musim ini melalui satu sepakan percuma ketika pasukannya Perak menundukkan PKNS pada aksi Piala Malaysia Sabtu lalu.
Bermula dengan satu kekasaran terhadap pemain Perka di luar kotak penalti PKNS, pengadil menghadiahkan sepakn percuma kepada Perak.
Sepakan percuma dari sebelah kiri gawang PKNS diambil Nazrin Nawi dengan satu sepakan 'luar biasa' menlencung masuk ke gawang PKNS menewaskan penjaga gawang lawan.
Nazrin Nawi menjaringkan gol sensasi itu pada minit ke-61 perlawanan dengan sepakan terus kaki kiri deras menerjah bucu kanan gawang PKNS.