'Azalina Othman'? Rani Kulup mahu cuba nasib

KiniTV 2017-08-11

Views 89

Setelah tular kisah 'minatnya' pada peguam Siti Kasim dan jutawan kosmetik Datuk Vida, aktivis popular Abdul Rani Kulup Abdullah hari ini 'memetik' nama baru.

Dalam wawancara rancangan bual bicara santai di Astro Ria, Rani yang membahasakan dirinya sebagai ayah, secara spontan mengaku mahu mencuba nasib dengan “Azlina Othman”.

Nama itu terpancul secara spontan ketika ditanya pengacara siapa lagi beliau hendak mencuba nasib sebagai isteri ketiganya.

Suasana diam sebentar ketika beliau menyebut nama itu, yang mirip Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Azlina Othman? Siapa?” kata seorang pengacaranya perlahan.

Kemudian seorang lagi pengacara meminta penjelasan Rani: “Penyanyi ke pelakon ke?”

Rani bagaimanapun menjawab beliau juga tidak tahu kerana nama itu dicadangkan pihak lain padanya.

“Orang yang bagi tahu ayah. Ayah mana tahu,” katanya sambil disambut gelak ketawa para pengacara.

Rakaman siaran itu disiarkan kembali di YouTube.

Vida telah pun menolak lamaran Rani kerana 'raja repot polis' itu bukan pilihan hatinya.

Siti pula tidak memandang serius perkara itu kerana baginya Rani cuma bergurau.

Share This Video


Download

  
Report form