Perlawanan persahabatan! Abdul Rahman menganjurkan satu siri perlawanan persahabatan untuk mereka. Mereka semua amat teruja kerana akhirnya mereka dapat bermain sebagai satu pasukan. Tetapi, perlawanan pertama mereka teruk! Mereka dikalahkan dengan teruk sekali oleh pasukan lawan dan aksi mereka di atas gelanggang mengecewakan. \r
\r
Semua ahli mementingkan diri sendiri dan ingin menunjuk-nunjuk kepada pelatih. Mereka tidak serasi antara satu sama lain dan gagal mengaplikasi taktik yang telah dipelajari. Untuk merumitkan keadaan, masing-masing terlalu ego untuk mengaku kesalahan masing-masing dan menuding jari. Keadaan pasukan amatlah kritikal dan Abdul Rahman perlu mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini dan menghidupkan semangat sepasukan!