Pengarah Pencegahan Jenayah Bukit Aman Datuk Ayob Yaakob memaklumkan sehingga Jun tahun ini, polis merekodkan 873 kes jenayah membabitkan belia khususnya pelajar sekolah berbanding 335 bagi tempoh sama pada 2012.
Namun, menurut Ayob, penglibatan belia dalam kegiatan tidak sihat berkurangan sejak polis melancarkan Ops Cantas selain mewujudkan beberapa inisiatif untuk memastikan belia tidak terlibat dengan jenayah.