Kementerian Kesihatan akan menjalankan pemeriksaan saringan di pintu masuk negara terhadap penumpang yang tiba dari negara Asia Barat.
Menterinya Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata keutamaan diberikan kepada jemaah umrah bagi mengesan Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (Mers-CoV).