Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AIU) di Alor Setar, Kedah menarik balik keputusan untuk menutup operasinya di institusi pendidikan itu.
Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ia dimaklumkan pihak pengurusan institusi pengajian tinggi swasta itu kepada kementerian melalui sepucuk surat pada Rabu.