Penutupan jalan susur dari Jalan Ma'arof Ke Lebuhraya Sprint (arah ke Petaling Jaya) dan pusingan-u untuk kembali ke Petaling Jaya di persimpangan bertingkat Jalan Ma'arof akan disambung mulai hari ini (Isnin) hingga 14 Mei.
Penutupan bertujuan memudahkan kerja-kerja pemasangan kekuda keluli, pembinaan tiang dan gerbang.