Polis mengklasifikasikan kes membabitkan Lans Koperal Mohamad Azuan Abdullah yang maut akibat dirempuh kereta penjenayah pada Isnin sebagai kes bunuh.
Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani, berkata klasifikasi itu berdasarkan perbuatan sengaja penjenayah merempuh dari arah belakang motosikal anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) terbabit.