7-Eleven menjangka akan mengekalkan momentum pertumbuhan tahunan sebanyak 10 peratus bagi pendapatan perkhidmatan dalam kedainya melalui pengembangan segmen itu. Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Gary Brown, komisen daripada pendapatan dalam kedai mencatatkan pertumbuhan purata lebih 10 peratus dalam beberapa tahun ini.